Akaun Tanpa Swap Untuk Trader Muslim

InstaForex telah memudahkan trader-trader muslim untuk berdagang dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Akaun tanpa swap atau “Akaun Islamic” layak digunakan pada semua jenis akaun InstaForex termasuk akaun Eurica atau pun Standard.

Jika anda memilih akaun tanpa swap, konsep dagangan masih sama seperti asal. Hanya yang berubah adalah anda tidak akan dikenakan caj jika anda hold position lebih dari satu hari. Option swap-free ini boleh dibuat semasa mendaftar akaun baru. Anda boleh lihat gambar contoh di halaman Rebet InstaForex 86.6%. Sekiranya anda telah membuka akaun sebelum ini, sila hubungi support department untuk membuat pertukaran ke akaun tanpa swap.